PENGENALAN

Larian merupakan satu aktiviti fizikal dan riadah yang popular di negara kita Malaysia. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat dapat dijalankan oleh semua golongan di samping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing.

Oleh yang demikian, bersempena tahun baharu 2022, pihak Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran (CITeD), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan sebuah aktiviti sukan larian yang dipanggil CITeD Virtual Fun Run 2022 (CV Fun Run2022) bagi mengamalkan aktiviti kecergasan di kalangan semua para pendidik dan pelajar. Pada masa yang sama, menerusi aktiviti ini juga dapat mempromosikan aktiviti larian ini sebagai salah satu aktiviti sukan dan kesihatan kepada semua guru dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa norma baharu.

Program ini dilaksanakan untuk menerapkan semangat kesukanan dan disiplin dalam diri di samping penggabungjalinan semua peserta untuk berkongsi lokasi dan tempat-tempat menarik di kawasan masing-masing dengan menggunakan sebuah aplikasi rasmi ‘RELIVE’ yang mampu menghasilkan sebuah video yang menarik (sila rujuk DI SINI). Menerusi program CV Fun Run2022 ini juga akan melatih kita untuk lebih menghargai persekitaran dan tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar tempat kita menjalankan larian. Walaupun selalu kita lalu di sesebuah lokasi ini semasa kita memandu kenderaan, ada kalanya kita sering terlepas pandang keindahan dan keistimewaan lokasi-lokasi ini. Daripada aktiviti inilah kita akan lebih mempelajari kehidupan menerusi pengalaman dan stimulus perasaan yang terhasil daripada persekitaran baru, dapat melihat pelbagai gelagat, habit, sifat, budaya, bangsa dan agama komuniti setempat. Ia pasti membantu kita melakarkan coretan kehidupan yang bermakna yang dapat digunakan pada masa akan datang.

Kepada yang ingin menyertai program CV Fun Run2022 ini boleh KLIK DI SINI.

Kepada yang ingin melihat senarai merchandise ekslusif yang boleh diperolehi menerusi mengikuti CV Fun Run2022 ini pula boleh KLIK DI SINI.

Semoga dengan terlaksananya program CV Fun Run2022 ini, ia dapat memulakan program kesedaran kesihatan di samping pada masa yang sama dapat mempromosikan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya kepada masyarakat mengenai program-program pendidikan yang ditawarkan dan juga sebarang kempen-kempen berbentuk kesedaran lain pada masa akan datang.