MATLAMAT

Matlamat utama CITeD Virtual Fun Run 2022 (CV Fun Run2022) ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umum akan kepentingan hidup secara sihat selari dengan arus pemodenan serta penerapan rutin harian di samping secara tidak langsung dapat mendidik semua masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal terutamanya dalam bentuk larian.

 

OBJEKTIF

Objektif bagi CITeD Virtual Fun Run 2022 (CV Fun Run2022) ini adalah dengan tujuan:

  1. Melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
  2. Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri.
  3. Memupuk masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya saing.
  4. Membina komuniti CITeD dalam kalangan peserta CV Fun Run2022.