SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Semua peserta yang berdaftar ke dalam laman web CV Fun Run2022, dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini.
  2. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini.(seluruh Malaysia).
  3. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran yang meragukan.
  4. Hanya peserta yang berumur 4 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini dan peserta berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini.
  5. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa-apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  6. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara. Yuran penyertaan tidak dikembalikan sekiranya acara itu dibatalkan dengan apa jua alasan.
  7. Peserta DINASIHATKAN untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan larian ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam larian ini.
  8. Peserta perlu mematuhi arahan dan menjaga SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan aktiviti ini. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  9. Penganjur akan menyerahkan/mengepos merchandise CV FunRun2022 seperti ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Sekiranya saiz  tidak tersedia, Pihak penganjur berhak untuk menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu.
  10. Tiada pertukaran saiz T-shirt larian apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran.