TEMPAHAN

  1. Semua tempahan merchendise CV FunRun2022 hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi CV Fun Run2022 sahaja iaitu https://umevent.um.edu.my/CVFunRun2022
  2. Merchandise CV Fun Run2022 yang boleh ditempat hanya akan disenaraikan di dalam halaman web rasmi CV Fun Run2022 sahaja iaitu https://umevent.um.edu.my/CVFunRun2022
  3. Tiada ada sebarang aktiviti tempahan boleh dibuat melalui medium lain termasuklah menerusi WhatsApp, FB Messenger dan Facebook CV Fun Run2022.
  4. Pihak urusetia CV Fun Run2022 tidak mahu menanggung sebarang kerugian yang dialami oleh peserta sekiranya berlaku tempahan di luar daripada laman web rasmi CV Fun Run2022. Ia semua adalah di bawah risiko sendiri dan amat tidak digalakkan.
 

PENGEPOSAN

  1. Hari rasmi untuk pengeposan semua barang-barang CV Fun Run2022 (baju, medal dan sijil CV Fun Run2022) ialah pada hari SELASA dan JUMAAT (bermula 11 Mac 2022).
  2. Sebarang tempahan yang diterima dari hari Sabtu hingga Isnin akan diproses dan diposkan pada hari Selasa (jam 1200 hingga jam 1300). Manakala tempahan yang diterima dari hari Selasa hingga Khamis akan diproses dan diposkan pada hari Jumaat (jam 1200 hingga jam 1300).
  3. Penghantaran menggunakan kurier dijangka mengambil masa 2-4 hari bekerja. Tempoh masa penghantaran mungkin berbeza mengikut keadaan-keadaan dan lokasi tertentu.
  4. Caj penghantaran bergantung kepada lokasi alamat penerima (bergantung kepada poskod penerima). Walau bagaimanapun caj tambahan akan dikenakan bagi setiap pengeposan ke luar dari Malaysia mengikut kadar kaurier yang dilantik.
  5. Peserta dinasihatkan memeriksa bungkusan yang diterima semasa penghantaran dibuat. Elakkan menerima bungkusan tersebut sekiranya didapati rosak teruk atau telah diubah kandungannya.
  6. Pihak CV Fun Run2022 berhak untuk tidak menukar atau tidak membuat pembayaran balik bagi apa-apa bungkusan yang rosak atau kandungan yang salah selepas penerimaan anda.
  7. Untuk sebarang pertanyaan mengenai penghantaran dan lain-lain, sila hubungi kami di cvfunrun2022@gmail.com atau di https://www.facebook.com/CVFunRun