Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil Bin Maah
Pengarah PASUM


  • PENGENALAN

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN Pra-UNIVERSITI (SKPP20) adalah sebuah seminar yang akan memberi peluang kepada ramai tenaga pengajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran semasa. Seminar ini akan mendedahkan para pengajar tentang pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan cabaran yang bakal dihadapi. Seterusnya, seminar ini juga bertujuan memupuk semangat diri untuk bersedia agar berupaya membuat perubahan dalam menjadikan diri kompeten dengan cara pengajaran serta menaiktaraf dengan perubahan terkini dalam bidang pengajaran.

Seminar ini dirangka dengan tujuan untuk membina kesedaran kepada para pengajar tentang isu-isu utama dalam pendidikan serta berkongsi teori-teori dan amalan-amalan terbaik dalam aspek pengajaran. Mereka perlu didedahkan kepada suasana terkini dan cabaran yang bakal ditempuh terutamanya melalui Revolusi Perindustrian 4.0. Seminar ini memberikan peluang untuk bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.

  • ANJURAN

Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya