Utama



Jabatan Kesusasteraan Melayu dengan Kerjasama pihak Prodi Sastra Indonesia di Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia akan menganjurkan seminar antarabangsa bertujuan untuk menyuburkan keintelektualan dalam kalangan ahli-ahli akademik dengan mengadakan perbincangan perkongsian ilmu tentang bahasa, sastera, seni dan budaya sebagai wasilah keserumpunan dan keilmuan Malaysia dan Indonesia.

Seminar ini merupakan lanjutan daripada dua seminar yang telah diadakan secara kerjasama sebelum ini, iaitu pada tahun 2021 dan 2022. Pada kali ini pembentangan akan diadakan dalam bentuk pembentangan lisan (oral presentation) dan pembentangan poster (poster presentation), di samping penyertaan akan dibuka juga kepada ahli-ahli akademik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain, selain Universiti Malaya dan Universitas Sebelas Maret. Kertas kerja dan poster terbaik akan menerima sijil anugerah.

 

Tarikh Penghantaran Abstrak : 10 September 2023
                                   

*Panjang penulisan abstrak adalah antara 200 sehingga 250 patah perkataan. 

 

Sila Klik Untuk Penghantaran Abstrak 


 

Penerbitan


Kertas kerja yang terpilih akan diterbitkan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Penghargaan


Kertas kerja dan poster terbaik akan menerima sijil anugerah.