Pendahuluan

Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia dan Universiti-Universiti Awam Pendidikan seluruh Malaysia secara begilir-gilir sebagai tuan rumah. Seminar ini menyediakan suatu platform kepada ahli akademik, sainstis sosial dan penyelidik untuk bertukar dan berkongsi hasil penyelidikan, pengalaman, inovasi serta refleksi mereka dalam pendidikan era baru melalui mekanisme pembentangan dan penerbitan.  Seminar ini terbuka kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan dari peringkat tadika kepada peringkat pendidikan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta.

Pada tahun 2018, seminar ini dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin dengan tema “Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0: Cabaran dan Harapan”. Pada tahun 2019, ia dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA dengan tema “Hubungan Bestari Ke Arah Kelestarian Pendidikan”. Pada tahun 2020, seminar ini dianjurkan oleh USIM dengan tema “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia”. Pada tahun 2021, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia diberi tanggungjawab untuk menganjurkan seminar ini secara atas talian oleh kerana kerana pandemik yang melanda negara. Terkini, pada tahun 2022, UPSI telah dipilih untuk menganjurkan seminar ini dengan tema ‘ Transformasi Pendidikan Melalui Pendigitalan Pedagogi’. Justeru itu, pada tahun 2023, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya telah dipilih untuk menjayakan seminar ini dan pihak Fakulti sangat berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi tahun 2023.

Objektif Seminar

  • Menyediakan satu platform kepada ahli akademik dan penyelidik  untuk bertukar dan berkongsi dapatan kajian dan refleksi mereka dalam mendepani cabaran pendidikan era globalisasi.

  • Mengetengahkan amalan terbaik, hasil penyelidikan, inovasi dan pengalaman untuk mendapatkan idea-idea baharu ke arah merealisasikan hala tuju pendidikan masa depan.

  • Menyediakan peluang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai penemuan, teknologi, dasar dan perkhidmatan ke arah peningkatan kualiti pendidikan secara menyeluruh.

  • Mewujudkan rangkaian akademik antarabangsa yang holistik dan kolaboratif melalui perkongsian penyelidikan, inovasi dan penerbitan.

Tarikh

Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2023 dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 & 28 Julai 2023 (Khamis & Jumaat)