Piala TEPAK Bestari adalah pertandingan pantun antara mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS dari seluruh Malaysia yang berkonsepkan jual beli pantun berdasarkan tema yang akan diberi.  Pertandingan ini adalah anjuran Temasya Pantun Kerabat Bestari 2026, Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya. Butiran majlis seperti yang tertera di bawah:

 

 

 


Piala TEPAK Bestari dilaksanakan mengikut format ‘BUKU BERTEMU RUAS’ bagi peringkat saringan dan suku akhir. Bagi peringkat separuh akhir dan akhir akan mengikuti format ‘KALAH MATI’. Pertandingan di peringkat saringan dijalankan sebanyak 4 kali pertandingan. Setiap pertandingan akan berlangsungnya 3 pusingan antara tiga orang pemantun.