NOTIS PENTING

Hanya SATU wakil daripada setiap pasukan dikehendaki untuk melengkapkan pendaftaran melalui UMevent. 

Yuran penyertaan: RM1100.00 bagi setiap pasukan. Bayaran yang dikenakan sudah termasuk dalam pakej peserta, di mana akan dapat set makanan, penginapan, lanyard dan sijil.

*Peringatan: Resit pembayaran dan gambar kumpulan hendaklah dihantar ke e-mel tepakbestari26@gmail.com dan disalinkan (cc) kepada pihak berkenaan: nzulaikha@um.edu.my, ziliya210@gmail.com dan nurbasyiraz@gmail.com

 

Syarat-syarat penyertaan

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (Kolej Matrikulasi, Asasi, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran dan Politeknik) di seluruh Malaysia dan luar negara yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Penyertaan mahasiswa/wi berbilang kaum amat digalakkan.

  • Penyertaan satu (1) pasukan yang mewakili IPT tersebut mestilah terdiri daripada tiga (3) orang pemantun utama dan seorang (1) pemantun simpanan.

  • Setiap IPT boleh menghantar lebih daripada satu (1) pasukan, namun setiap pasukan dikehendaki membayar yuran penyertaan secara berasingan.

  • Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pengisian UMEvent form yang telah disediakan oleh pihak TEPAK Bestari.

  • Pengesahan penyertaan pasukan IPT boleh dilaksanakan sehingga 19 April 2026 sebelum jam 11.59 malam dengan mengisi lengkap borang penyertaan yang disediakan.

  • Yuran penyertaan hendaklah dibayar oleh setiap pasukan semasa mengesahkan penyertaan. Tema-tema pertandingan pantun hanya diberikan kepada pasukan yang telah melakukan penghantaran borang penyertaan dengan mengepilkan bukti pembayaran.

  • Bagi mana-mana pasukan yang menarik diri selepas mengesahkan penyertaan dan telah membuat penyertaan, pihak penganjur tidak akan memulangkan yuran penyertaan tersebut.

 

Tatacara pendaftaran UMEvent

  1. Setiap pasukan perlu mendaftar di umevent.um.edu.my

  2. Log masuk ke laman web tersebut

*Akaun UMEvent diperlukan dan boleh didaftarkan melalui halaman log masuk.

  1. Cari acara dengan tajuk “PERTANDINGAN PANTUN PIALA TEMASYA PANTUN KERABAT BESTARI (TEPAK BESTARI) SESI 2025/26”
    *Cari di bahagian “Event list” di bawah papan pemuka (dashboard).

  2. Klik pada nama persidangan > daftar.

  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar.

  4. Teruskan dengan pembayaran.

  5. Lengkapkan butiran yang diperlukan.

 

Semua pendaftaran dan pembayaran mesti diselesaikan selewat-lewatnya pada 19 April 2026.

 

Bagi memudahkan urusan komunikasi dan penyelarasan maklumat berkaitan pertandingan ini, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menyertai group chat melalui pautan berikut: 

https://chat.whatsapp.com/GnDKnZBSetq1TM7yhQaqHL