Secara umumnya sejarah dan warisan budaya di Alam Melayu merupakan satu bidang penting yang kurang diberi perhatian serius oleh para akademik. Justeru itu, Jabatan Sejarah Universiti Malaya berminat mengadakan persidangan di peringkat antarabangsa selama dua hari. Persidangan ini akan menggabungkan tenaga akademik dari seluruh negara dengan tujuan untuk mendapatkan input baru mengenai sejarah dan warisan budaya Alam Melayu yang masih kekal bagi kepentingan generasi akademik dan pihak-pihak tertentu demi membina masa hadapan negara yang lebih cemerlang.